Select Menu

sponsor

sponsor

AKTIVITI PERSEKOLAHAN

GALERI KENANGAN

VIDEO-VIDEO



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Selamat datang ke website rasmi sekolah kami http://sktanjungputeri.blogspot.my . Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi Allah S.W.T kerana segala rahmat dan nikmat yang dikurniakan serta dengan izinNya sekolah dapat mewujudkan satu lagi wadah penyebaran maklumat iaitu website sekolah. Wujudnya website ini adalah untuk memberi pilihan dalam penyebaran maklumat sekolah kepada umum, khususnya warga pendidik dan ibu bapa. Selain daripada surat-surat edaran dan facebook sekolah, website ini merupakan satu wadah penting, apatah lagi di kala setiap sekolah melaksanakan transformasi dalam dunia pendidikan masa kini. Syabas, tahniah dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pembangunan Laman Web Sekolah dan guru-guru lain yang terlibat secara tidak langsung atas daya usaha dan komitmen yang berterusan untuk membangunkan semula laman web sekolah ini. Saya mengharapkan semua warga sekolah dapat menyokong dan membantu memantapkan website ini secara berterusan demi keterampilan dan kecemerlangan sekolah. Pandangan tuan-tuan dan puan-puan amat dialu-alukan.

Sekian Terima Kasih.

CIK ZAHARAH BINTI MD SOM
Guru Besar SK. Tanjung Puteri

SK Tanjung Puteri. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.